Thursday, December 28, 2006

Gambar di bawah : Telah diambil. Nasib anak anak ini sungguh bertuah.

Untuk makluman semua, anak anak ini telahpun di adopt.
Syukur alhamdullillah..
anak anak ini sungguh bertuah kerana mendapat keluarga yang amat prihatin lagi penyayang..

Allah sahaja yang membalas dan melimpahkan rezeki berlipat ganda kepada kakak kakak yang telah membantu saya dan menjaga si comel ini dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang..




Friday, December 22, 2006

Pertemuan dan Perpisahan

Detik masa yang berlalu
jarak waktu yang memisahkan
antara nostalgia dan masa silam
diusung pergi bersama kenangan indah
pada detik perpisahan yang sukar dilupakan
saat pertemuan itu kita masih di tepi jalan
dikala embun masih membasahi daun
saat itu pasti akan kunjung tiba
segenang air mata tertitis jua
pada lambaian yang tidak ingin dilihat
disini kita pernah bersama mencatat kenangan yang paling bersejarah
Opps... gambar Dora dan anak anak nya hanya lah di paparkan sahaja disini.. Mereka tinggal dengan kakak yang ambil DD (Jantan) saya..

Ini lah dora.. masa sarat mengandung..

Didi sekarang dah tinggal dengan mama baru dia. Sekarang didi dah ada anak baru dengan dora.. tengok la anak anak dia.. comel tak.... ikut mak ke ikut bapak..??

Disini sekali lagi saya nak iklan kan kucing kucing saya untuk diberi percuma. saja nak refreshkan kepada yang masih berminat.kalau dulu.. saya mengiklankannya kerana nak cari housemate baru, tapi disebabkan tak dapat housemate saya menyewa sebuah rumah tinggal bersama-sama ngan anak anak comel ni. Sekarang saya terpaksa berpindah dari rumah tu kerana owner nak rumah tu balik hujung januari 2007 ni. Saya terpaksa mencari rumah lain.. Sebelum saya berpindah saya nak uruskan mencari keluarga baru untuk anak anak ini. Saya tak mahu mereka hidup melarat. Saya tak minta bayaran 1 sen pun , cukup la. sekadar kasih sayang, perlindungan dan makan minum untuk mereka..jika nak bayar pun, simpan la duit tu.. untuk beli makanan dan ubat-ubat mereka. kalau dulu saya berhajat tak nak pisah pisah kan mereka sekeluarga.. tapi apakan daya.. tak ada orang nak nak ambik kesemuanya.. saya pun tak nak membeban kan orang lain.tapi kalau boleh saudara ambillah 2 ekor atau lebih supaya dia tak terasa keseorangan, ketakutan sebab mereka memang rapat dengan adik beradiknya selalu bermain sama-sama. Gambar-gambar terkini akan diletakkan tak lama lagi. Saudara saudari boleh hubungi saya di no. 019-3531453Semoga ada yang berminat. kali ini betul betul saya bagi.. tak hold lagi. Tolong lahh.