Ini la dia.. mama meow yang dimaksudkan.. Panggil saya niza..
Email : haniz98@yahoo.com
Hp No : 019-3531453
Dah setahun lebih saya menjaganya.. mulanya jumpa 4 ekor tu dipondok sampah. 4 ekor baby kecil.. sepasang belang dan sepasang putih.. sekarang ni diaorang dah ada anak.. ibu putih - 3 anak, ibu belang 4 anak.. beza anak anak mereka lahir. dalam sebulan.. total kat rumah tu dah jadi 11 ekor. Dari asal 4 ekor lagi dah ada kawan yang nak ambil tapi rasa tak sanggup lagi nak pisahkan mereka adik beradik sebab nampak seronok bermain sama-sama mereka. Lagi pun ada color macam kucing siam pulak tu.. sayang nak lepaskan.
Saya tinggal menyewa rumah di Ampang.. tingkat 7 pulak tu. Tinggal menyewa dengan bujang perempuan ni.. takut ada lak yang tak suka kucing.. takut juga mereka tak selesa dengan bau dan bunyi bising kucing bermain, berlari sana sini..Hari-hari kena kemas rumah.. Kita kemas dia sepahkan.. kita kemas dia sepahkan.. Untuk menggelakkan keselamatan mereka terjatuh atau terjun kebawah.. saya tinggalkan mereka di dalam bilik saya waktu saya tiada dirumah atau pergi kerja. Bila saya dah balik mereka cuma berlari lari di ruang tamu saja. Kesian anak-anak ni.. tak dapat jalan jalan kat tanah..saya pun tak sempat-sempat nak bawak ramai ramai tu turun..selalu balik lewat.. lagi pun takut diorang terkejut.. ketakutan ker.. tak pernah tengok orang asing dan tak kenal... cuma dapat tengok permandangan dunia dari atas je..
Sekarang rumah tu ada 2 bilik kosong.. nak cari penyewa baru.. kena banyak fikir. Fikirkan penerimaan orang pada kucing-kucing ni. Nak sewa rumah tu sorang-sorang memang tak mampu nak cover sewa rumah..dan lain-lain belanja. Terkadang terfikir juga.. biarlah.. saya yang sakit asalkan mereka selamat...
Niat saya cuma nak keselamatan, perlindungan, makan dan minum mereka.. akhir kelamaannya makin ramai kerana membiak.keluarganya makin ramai. tak sanggup hati pulak nak mandulkan dia.. dia pun nak anak juga..takut balasan Tuhan pulak pada kita.. kita kawin nanti tak de anak pulak he he he.. (orang kata badi kucing).
Cadangan orang ramai minta saya letakkan di pasar.. tapi saya risau.. makan minum dia tak terurus.. dalam jagaan saya tak pernah dia makan dari kutipan sampah sampah. silap langkah.. saya jumpa dia .. dah mati kena langgar. Lagi tak sanggup nak hantar ke spca.. dah bela.. dah banyak belanja utk dia.. nak hantar ke spca .. kemudian spca suntik atau tidurkan.. sebab dapat tau cerita ni dari banyak forum.. spca akan tidurkan kalau tidak ada orang nak adopt dia. oooh tidakkk...
Ini lah sebab sebab mengapa saya mencari keluarga angkat baru yang betul betul menyayangi kucing. saya berharap.. siapa yang dapat mengambil mereka ini..izinkan saya melawat mereka bila saya rindu sangat kat diaorang.. bolehkan.....
Wednesday, July 26, 2006
Ha.. ni la.. anak anak si putih tu.. dah besar dah.. 3 ekor.. yg macam rambut Abu Bakar Hellah ni la paling nakal..dia la ketua geng budak budak kecik tu... lompat sana sini macam tupai.. tak reti penat.. dah penat nak tacke mak dia.. dah besar nak menyusu lagi ??!?!?!?.. kena penendang la.. tapi si ibu yang satu lagi.. kasi can.. sanggup badan kering.. punya la penyayang..
Kalau mama meow membasuh area dapur.. si ibu belang ni.. la paling bising.. panggil anak anak.. takut basah..check bawah meja.. check sana sini. kalau anak anak main air..siap lerr.. kena tarik...di seretnya ke tempat kering.. panggil anak anak.. meh minum susu..
Yang beranak tu.. yang kalor putih.. tapi yang si belang ni.. sama menyebok.. maklum.. ni anak saudare dia jugakan .. Lepas tu suka angkut anak si putih tu ke hulu ke hilir.. tak tau mana nak simpan.. baby yg hitam tu mati tersepit. tapi yg sedihnya.. dua ibu ni.. jilat jilat baby tu...ingat anaknya tido.. suh bangun agaknya..
Ibu belang ni.. nak sangat anak agaknya..tapi berkat la juga...tak lama lepas tu.. selang sebulan rasanya.. dia pun beranak jugak.. dah ibu yg putih pulak tolong bidan kan... sebab si belang ni jarak jarak masanya dari tengah malam sampai 8 pagi. sekor sekor kuar.. dapat 5 ekor.. mati gak sekor.. tinggal 4.
Tuesday, July 25, 2006
Gambar ni anak-anak dah beso dah.. asyik makan friskies je.. mama meow ni gi tukarkan sampul friskies tu.. dapat ler.. 3 set mainan khemah (Play Tent) tu.. gambar tu.. masa mainan tu baru dapat ler.. semua happy sangat dapat mainan...tonggang langgang khemeh tuu... main nyorok-nyorok ler.. main aci kejar..macam macam gelagat dia orang ni...
Botol ni beli kat Veterinar Shop kat Jalan Pekeliling tu.. Susu beli kat Carrefour (susu kucing).
Mula-mula tu.. mama kasi susu rendah lemak yg dalam kotak tu. (tak ingat brand apa)..Time lunch balik rumah jap.. bagi anakanda minum susu. rendam botol ni ngan air panas..maklumlah susu dalam peti sejuk. Calar balar hidung diaoran g berebut botol yang sama.. hauss agaknya...shian nyerr..
Subscribe to:
Posts (Atom)