Ini la dia.. mama meow yang dimaksudkan.. Panggil saya niza..
Email : haniz98@yahoo.com
Hp No : 019-3531453
Dah setahun lebih saya menjaganya.. mulanya jumpa 4 ekor tu dipondok sampah. 4 ekor baby kecil.. sepasang belang dan sepasang putih.. sekarang ni diaorang dah ada anak.. ibu putih - 3 anak, ibu belang 4 anak.. beza anak anak mereka lahir. dalam sebulan.. total kat rumah tu dah jadi 11 ekor. Dari asal 4 ekor lagi dah ada kawan yang nak ambil tapi rasa tak sanggup lagi nak pisahkan mereka adik beradik sebab nampak seronok bermain sama-sama mereka. Lagi pun ada color macam kucing siam pulak tu.. sayang nak lepaskan.
Saya tinggal menyewa rumah di Ampang.. tingkat 7 pulak tu. Tinggal menyewa dengan bujang perempuan ni.. takut ada lak yang tak suka kucing.. takut juga mereka tak selesa dengan bau dan bunyi bising kucing bermain, berlari sana sini..Hari-hari kena kemas rumah.. Kita kemas dia sepahkan.. kita kemas dia sepahkan.. Untuk menggelakkan keselamatan mereka terjatuh atau terjun kebawah.. saya tinggalkan mereka di dalam bilik saya waktu saya tiada dirumah atau pergi kerja. Bila saya dah balik mereka cuma berlari lari di ruang tamu saja. Kesian anak-anak ni.. tak dapat jalan jalan kat tanah..saya pun tak sempat-sempat nak bawak ramai ramai tu turun..selalu balik lewat.. lagi pun takut diorang terkejut.. ketakutan ker.. tak pernah tengok orang asing dan tak kenal... cuma dapat tengok permandangan dunia dari atas je..
Sekarang rumah tu ada 2 bilik kosong.. nak cari penyewa baru.. kena banyak fikir. Fikirkan penerimaan orang pada kucing-kucing ni. Nak sewa rumah tu sorang-sorang memang tak mampu nak cover sewa rumah..dan lain-lain belanja. Terkadang terfikir juga.. biarlah.. saya yang sakit asalkan mereka selamat...
Niat saya cuma nak keselamatan, perlindungan, makan dan minum mereka.. akhir kelamaannya makin ramai kerana membiak.keluarganya makin ramai. tak sanggup hati pulak nak mandulkan dia.. dia pun nak anak juga..takut balasan Tuhan pulak pada kita.. kita kawin nanti tak de anak pulak he he he.. (orang kata badi kucing).
Cadangan orang ramai minta saya letakkan di pasar.. tapi saya risau.. makan minum dia tak terurus.. dalam jagaan saya tak pernah dia makan dari kutipan sampah sampah. silap langkah.. saya jumpa dia .. dah mati kena langgar. Lagi tak sanggup nak hantar ke spca.. dah bela.. dah banyak belanja utk dia.. nak hantar ke spca .. kemudian spca suntik atau tidurkan.. sebab dapat tau cerita ni dari banyak forum.. spca akan tidurkan kalau tidak ada orang nak adopt dia. oooh tidakkk...
Ini lah sebab sebab mengapa saya mencari keluarga angkat baru yang betul betul menyayangi kucing. saya berharap.. siapa yang dapat mengambil mereka ini..izinkan saya melawat mereka bila saya rindu sangat kat diaorang.. bolehkan.....
2 comments:
camna nak ambik? my number 016 510 8574.
Saya ada scan pamplet dari klinik kerajaan pasal mandulkan kucing..
http://linuxlah.blogspot.com/2006/05/dbkl-spca-klinik-kembiri-pamphlet.html
Post a Comment