Wednesday, October 03, 2007

Gambar kenang-kenangan semasa Adik & Cici dapat anak.
Sekarang anak nyer dah lama mati..

Tinggallah Adik & Cici bersama-sama mama dia.

Adik & Cici saling sayang-menyayangi. Adik paling susah hati kalau cici dibawa ke bilik mandi untuk dimandikan atau marah cici kalau cici ada buat salah.

Dibulan Ramadhan ni.. jam 5 pagi, Adik & Cici pasti akan kejutkan saya untuk bangun sahur. Adik akan pijak-pijak saya dan Cici pulak akan tenung saya yang terbaring lagi.. sambil mengiaww.. Kalau tak bangun juga.. Cici & Adik akan buat lumba lari sampai langgar-langgar ke saya. Adooiiiiiiiiii..........kena bangun jugak akhirnya..












































Sunday, July 15, 2007







Syukur alhamdullillah..

Bersama-sama ini diperlihatkan salah seekor anak yang telah dipelihara oleh insan yang penyayang..

Semoga Allah membalas budi baik beliau..


Tuesday, March 06, 2007

Assalamualaikum..

Jumpa lagi kite yer dengan cerita cerita anakanda ni...

Alkisah.. daripada cerita lama.. dengan kerjasama dan nasihat kakak kakak dan abang abang forumer.. kitten.com.my.. saya telah mengambil kembali anak anak ini.. sekarang mereka tinggal dengan saya buat sementara waktu.. Kira seludup kejap dari pengetahuan owner.. tadi owner datang kutip sewa rumah.. tapi saya jumpa dia di luar je.. takut gak.. kalau kalau dia nak check kerosakan rumah.. terdengar lak bunyi.. mioww.. mioww.. dari dalam bilik.. ha.. kantoiii...

Beberapa minggu lepas.. ada sorang tu.. email kata nak anak anak ni.. tapi sekarang senyap pulak..

Anak-anak berdua memang rapat.. jadi sesiapa yang nak ambil tu.. ambil la.. 2 ekor ni.. mereka pun toilet train.


Ni gambar terkini "Adik" dengan anak saudara dia.. Frust tak dapat turun.. jalan jalan..

Hujan la.. dik.. macam mana nak jalan jalan kat padang... tengok permandangan dari tingkap je la.. ye...




Ni..anak saudara adik.. tempat lepak dia.. kat situ lah.. tengok berita..






Monday, February 12, 2007

Apa harus ku lakukan untuk keselamatan anak anak ni..


Assalamualaikum semua.. Nak minta pandangan sikit.. Dulu memang haniz ada buat iklan untuk serahkan anak anak kepada yang sanggup bela.. sebab haniz nak pindah rumah.. haniz tak boleh bawa mereka bersama sebab rumah tu.. owner tak kasi bela pet macam kucing. ok sekarang masalah tu dah kira selesaila.. baki 8 ekor tu.. ada seorang kakak tu sekeluarga ambil mereka. 3 bawa balik klang .. 5 tinggal di rumah mak dia dia di Taman Kenchana.Bapa akak ni pulak terlantar sakit. Makcik pun sibuk jaga pak cik tu je.. Maksud saya, bukanlah saya nak kucing kucing saya di tatang bagai minyak yang penuh.. Saya tak sangka pulak ini terjadi.. mana la saya tau.. bapa dia sakit.. lepas akak ni ambik kucing saya dan bawa kerumah mak dia, baru saya tau. bapa dia sakit.. tapi anak anak dia yang lain tak menunjukkan marah pada saya.. cuma menantu dia tak suka kucing.Ini membuat saya rasa bersalah.. dan membebankan keluarga ni lagi. kerana kucing kucing saya... Kali pertama pergi melawat.. saya dapati 1 ekor tak dijumpai..4 ekor tu punya la. seronok nampak saya datang.. makan friskies yang saya bawakan..semalam kali kedua saya datang lagi...se ekor lagi tak jumpa sampai ke malam. se ekor - mata merah sebelah.., risau buta pulak mata tu.. seekor balik dari merayau dengan badan yang kurus, busuk, basah.. dia saya panggil 'Adik'. Adik ni kira kucing yang paling saya sayang dulu.. sekarang dia marah marah saya..tak mau pegang dan asyik ke jalan raya.. Rumah mak cik tu tepi longkang besar dan highway.. pernah sekali 'Adik' menghala ke highway dan turun ke longkang besar (ala ala anak sungai).. sebelum balik dari rumah mak cik tu..saya kurung 'Adik', risau keselamatan dia.. Makcik tu kata.. kucing saya dah dibebaskan.. dan pandai balik sendiri time lapar.. tapi saya tunggu.. tak cukup 5.. saya takut ada yang dah mati.. dan makcik tu tak nak bagi tau hal sebenarnya... Saya rasa nak ambik semula anak anak tu dan diserahkan kepada orang lain pulak.. tak nak menyusahkan makcik tu.. bukan la pulak saya menyusahkan orang lain pulak.. takut juga anak anak makcik tu yang lain merungut/marah. dah la bapak dia sakit.. saya pulak letak kucing kat rumah dia jadi beban mak dia..sekarang pun dah tinggal 3 ekor dari 5.. kali ke 3 saya datang.. mesti.. dah kurang lagi.. jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak tolong saya.. lihatlah.. blog saya. www.haniz98.blogspot.com atau hubungi saya niza 012-3480834Tolong saya.. apa harus saya lakukan.tapi kepada siapa saya serahkan kucing kucing pula.. siapa yang berminat..Forumer.. bantu saya.. saya minta maaf.. kalau dulu.. saya tak nak pisah pisahkan keluarga kucing ni.. dan menyerahkan kepada seorang je sebab dia ambik semua sekali...tapi memandangkan keadaan ini..saya bersalah kepada semua yang ingin membantu saya dulu..Ada lagi yang sudi memaafkan saya dan membantu saya ker..

apa harus saya lakukan..

Tuesday, February 06, 2007

Ini pulak gambar boy yang tinggal di Tasek Selatan... mula-mula sampai menyorok belakang mesin basuh, dipujuk-pujuk.. akhirnya.. sekarang ni dah ok.. meekee la kawan kesayangan dia..




















Gambar-gambar berikut ialah anak-anak yang tinggal di Taman Kenchana.
Kesian mereka..seronok dan berselera mereka makan kerana saya datang menjengok mereka.. rindunya... rumah makcik, rumah tepi..
tengok tu.. ada highway...Semoga mereka pandai menjaga diri.. tapi risau juga..






Friday, February 02, 2007

Ya Allah.. lindungi la anak anak ku dari segala bahaya....

Syukur mereka mendapat tempat dan perlindungan.. tapi risau jugak..baru sekejap tadi.. kakak tu sms katanya.. semua kucing dah dilepaskan dari kandang.. Saya reply.. nak hantar makanan/frieskies ker.. dan buah tangan kut kat famili dia.. tapi dia kata. elok esok je la.. dah malam ni.. tak elok anak dara keluar malam malam...tapi hati ni risau.. anak anak tu ramai.. tak kan makcik tu nak kawal selalu.. sebab dah lepas tu.. rumah dia tepi highway.. anak anak ni masih ketakutan lagi.. Rasa nak ambik balik je.. sebab selalunya anak anak ni duk dalam rumah.. tapi memang la.. sapa nak ambik ramai ramai tu. dalam hati.. Ya Allah.. semoga kucing kucing ni.. tak berkeliaran di merata.. takut dapat berita buruk esok.. tolong la.. moga tak terjadi.. dah lama saya bela dia... akhirnya... Tidakkkk.....
Assalamualaikum.. kawan kawan sekalian.

Sukacita dimaklumkan kesemua anak anak saya telah pun di bantu oleh seorang yang berhati mulia.. Dia sekeluarga telah membantu saya.. mengambil ke lapan lapan ekor anak ini..

3 di bawa ke rumah nya di Klang dan 5 lagi di tinggalkan oleh Mak dia di Taman Kenchana. Semalam saya telah pergi kerumah mak dia.. rumah bawah.. corner lot. Mak dia baik orangnya.. suka pada kucing..

Insyaallah saya akan ke sana selalu menyengok anak anak ini.. dan membantu mak cik dan pak cik.. dia pun bukan orang senang..pakcik tu pun uzur dah..Syukur alhamdullillah.. doa doa kalian agar anda insan membantu telah di kabulkan.

Jadi saya pun boleh lah pindah rumah.. kerana niat saya untuk menyelesaikan anak anak ini di tempat yang selamat telahpun selesai..

Bila saya balik ke rumah malam tadi.. Ya Allah.. sunyinya dunia ku.. selalunya riuh rendah dengan kekalutan anak anak menyambut plastik beg yang disangkanya frieskies.. Terngiang ngiang di telinga..miow miow.. sekali sekala...Sebak hati.. menitis air mata melihat bekas minuman dan friskies di lantai..

Buat masa ini.. mereka di tempatkan dalam sangkar.. untuk membiasakan suasana.. dan takut lari.. ketakutan.. kesian mereka.. selalu tidur sama dalam bilik bertilam.. tapi malam tadi.. sejuk tidur di luar..Termimpi-mimpi mereka malam tadi..bila terjaga.. teringat balik.. mereka semua dah tak ada di rumah.. Ya Allah.. seribu kenangan .. tak sanggup dah.. nak pindah cepat.. tak boleh duk sorang sorang.. pasti sebak jiwa..

Antara video kenang-kenangan bersama anak anak

Video : Makan frieskies sambil tengok Juara Lagu..
http://www.youtube.com/watch?v=zkAFccd1YUg

Video : Anak Main Air
http://www.youtube.com/watch?v=ADSL44HauqE

Video : Rebut kerusi
http://www.youtube.com/watch?v=ky3jjJy1TtE

Video : Kenangan semasa kecil.
http://www.youtube.com/watch?v=MzoI-8avUIw

Akan dipaparkan dari masa ke semasa.. Insyaallah..

Wednesday, January 17, 2007

Jawapan kepada semua..

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya..Niza..betulker nak serah anak anak saya kepada orang lain. Kenapa?? tak sayang mereka lagi ker?? Kenapa tak bawak pindah jer..

Jawapannya,

Ya betul. Saya nak pindah rumah.. rumah baru tu pulak tidak dibenarkan membela kucing. Jadi..saya kenalah uruskan mereka terdahulu dan memastikan mereka selamat dan terjamin. Siapa yang tak sayang mereka.. saya dah jaga mereka setahun lebih.. setiap kali ada khabar orang nak datang kerumah.. saya peluk mereka puas puas dahulu sebelum orang ambil..ambik gambar dia buat kenangan.. meleleh air mata.. pesan kat mereka.. jangan nakal nakal yer..jangan buat orang marah.. sebak hati ni.. saya bagaikan orang gila..berpesan pada kucing.. tak sedar menangis.. bila orang datang semua menyorok takut.. selepas diambil dan bila masuk rumah semula.. lihat yang baki yang tinggal duduk diam.. ada diantara mereka telah tiada semua pakat tidur... bangun tidur.. sibuk mencari yang tak ada..

Bukan saya tak nak bagi ambil seekor seekor.. cuma.. penerimaan mereka dengan tempat baru.. mungkin mereka rasa takut.. ambil masa untuk menyesuaikan diri mereka..

kalau boleh saya mencari orang yang sanggup adopt kesemua kucing kucing saya. saya faham.. kalau dah adopt semua tu. tentu terasa beban sikit.. tak dapat nak beri perhatian..tapi kalau dah tak ada pilihan saya terpaksa juga menyerahkan dan memecahkan keluarga mereka.. mereka terpaksa akur..menerima kenyataan dan mengambil masa..tapi cubalah ambil 2 ekor ke.. sekurang kurang nya mereka rasa kurang takut.. ada kawan yang mereka kenal.. dan rasa selamat sikit..

cuma minta saudara saudari bersabar dengan kerenah mereka.. yang lepas lepas mereka jadi marah.. tak mahu makan, minum, tidak berak, kencing.. terlalu tension..sampai badan mengigil menahan stress..mogok.. badan lembik..tak ceria, sedih.. bising cari famili.. terpaksa lah 2 orang tu hantar semula pada saya.. di rumah saya, kami lihat 2, 2 ekor tu.. terus jumpa..cium.. jilat famili dia satu persatu.. punya la rindu nya dia.. perasaan sedih dia siapa yang tahu..dia terjerit jerit..sedih minta kita hantar semula pada keluarga dia.. tu sebab saya minta siapa yang sanggup ambik 1 famili..ambillah..yer la.. dia pun ada keluarga.. saya akan hulurkan bantuan juga nanti.
bukan menyerahkan sahaja bulat bulat....kalaulah dapat kawasan kampung, lagi selamat kan!!! Saya pun dah tak ada orang tua.. kampung dah jadi hutan. Dah tinggal lama.. kalaulah ada rumah sendiri.. saya tidak mengiklankan sebegini.. akan saya jaga mereka.. masalahnya.. ini rumah sewa

Gambar dibawah ni di panggil adik. dia pernah diambil..(sabtu) satu rumah dia menjerit. macam bunyi bergadoh bila nampak orang yang adopt dia datang nak pujuk.. ajak makan..dia tak mau..
Satu lagi jantan putih, kepala hitam tu.. panggil boboi kena adopt (ahad). sampai kat rumah baru dia, dia tunjuk perasaan.. tak seceria sebelum ni.. tak mau makan, main.. apa apa pun tak mau.. makanan disepahkan..dan macam macam lagi..

setibanya di rumah saya... sungguh berbeza.. sangat ceria.. happy.. sihat.. jumpa semua dan bermain..


Jangan pisahkan kami..

Anak- anak yang masih dalam jagaan saya.

Assalamualaikum..Ni yang ter update sekali..

8 ekor anak anak ni.. masih lagi menunggu keluarga baru .. Kasihani lah mereka...berikanlah perlindungan dan sesuap makanan untuk mereka meneruskan hidupnya...

Antara yang betina :


Gambar di atas ini ialah ibu (BU BU) kepada anak anak dibawah. Kelihatan badan tu kering sebab banyak berkorban untuk anak-anak. Kekadang anak anak ni dah besar gajah pun dok nyonyot lagi..

Ini pula Bobo..suka makan durian..


Antara yang jantan :

Ha... ni boboi.. yang paling nakal.. hobi dia makan coklat.. tu sebab badan besar banding yang lain.. manis manis tu.. dia boleh abis kan 3 bar. Ha.. balik keje kena belikan dia coklat.. kalau dia tak dapat.. dia cari sendiri dalam bekas atau dalam beg..

Gambar yang last ni. saya panggil dia Adik.. dari kecik.. dia ni memang manja dan paling istimewa dengan saya.. dialah buah hati tersayang..Tabiat dia nak hisap jari kalau ngantuk....tidur tepi kepala.. suka sangat makan durian.. agar agar santan warna hijau.dan telur rebus. bila panggil adik.. pasti dia datang..kalau dia tak der.. rindunya saya...

Demikian la sudah.. kesemua gambar gambar anak anak yang terkini.. pilihlah yang mana satu.. kalau dilihat anak anak tu semua atas simen je.. Maaf lah.. tikar getah dah digulung.. sebagai persediaan nak berpindah ni.. Walaupun hati ini sedih untuk berpisah dengan kesemua anak-anak, diharapkan kepada yang telah dan akan mengambil mereka.. cuma satu harapan saya.. agar mereka selamat dan sihat. Saya tidak meminta bagai menatang minyak yang penuh.. kucing mana yang tak nakal.. cuma kita bersabar la... bukan menganiaya mengikut perasaan kerana marah. Dia binatang yang tak berakal... tapi dia faham kalau kita ajar dan tegur perbuatan salah mereka..Insyaallah.. Mudahan-mudahan kepada yang berbuat baik akan di balas baik oleh ALLAH nanti. Semoga perkenalan kita kekal menjadi persabahatan. Jumpa lagi.