Monday, February 12, 2007

Apa harus ku lakukan untuk keselamatan anak anak ni..


Assalamualaikum semua.. Nak minta pandangan sikit.. Dulu memang haniz ada buat iklan untuk serahkan anak anak kepada yang sanggup bela.. sebab haniz nak pindah rumah.. haniz tak boleh bawa mereka bersama sebab rumah tu.. owner tak kasi bela pet macam kucing. ok sekarang masalah tu dah kira selesaila.. baki 8 ekor tu.. ada seorang kakak tu sekeluarga ambil mereka. 3 bawa balik klang .. 5 tinggal di rumah mak dia dia di Taman Kenchana.Bapa akak ni pulak terlantar sakit. Makcik pun sibuk jaga pak cik tu je.. Maksud saya, bukanlah saya nak kucing kucing saya di tatang bagai minyak yang penuh.. Saya tak sangka pulak ini terjadi.. mana la saya tau.. bapa dia sakit.. lepas akak ni ambik kucing saya dan bawa kerumah mak dia, baru saya tau. bapa dia sakit.. tapi anak anak dia yang lain tak menunjukkan marah pada saya.. cuma menantu dia tak suka kucing.Ini membuat saya rasa bersalah.. dan membebankan keluarga ni lagi. kerana kucing kucing saya... Kali pertama pergi melawat.. saya dapati 1 ekor tak dijumpai..4 ekor tu punya la. seronok nampak saya datang.. makan friskies yang saya bawakan..semalam kali kedua saya datang lagi...se ekor lagi tak jumpa sampai ke malam. se ekor - mata merah sebelah.., risau buta pulak mata tu.. seekor balik dari merayau dengan badan yang kurus, busuk, basah.. dia saya panggil 'Adik'. Adik ni kira kucing yang paling saya sayang dulu.. sekarang dia marah marah saya..tak mau pegang dan asyik ke jalan raya.. Rumah mak cik tu tepi longkang besar dan highway.. pernah sekali 'Adik' menghala ke highway dan turun ke longkang besar (ala ala anak sungai).. sebelum balik dari rumah mak cik tu..saya kurung 'Adik', risau keselamatan dia.. Makcik tu kata.. kucing saya dah dibebaskan.. dan pandai balik sendiri time lapar.. tapi saya tunggu.. tak cukup 5.. saya takut ada yang dah mati.. dan makcik tu tak nak bagi tau hal sebenarnya... Saya rasa nak ambik semula anak anak tu dan diserahkan kepada orang lain pulak.. tak nak menyusahkan makcik tu.. bukan la pulak saya menyusahkan orang lain pulak.. takut juga anak anak makcik tu yang lain merungut/marah. dah la bapak dia sakit.. saya pulak letak kucing kat rumah dia jadi beban mak dia..sekarang pun dah tinggal 3 ekor dari 5.. kali ke 3 saya datang.. mesti.. dah kurang lagi.. jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak tolong saya.. lihatlah.. blog saya. www.haniz98.blogspot.com atau hubungi saya niza 012-3480834Tolong saya.. apa harus saya lakukan.tapi kepada siapa saya serahkan kucing kucing pula.. siapa yang berminat..Forumer.. bantu saya.. saya minta maaf.. kalau dulu.. saya tak nak pisah pisahkan keluarga kucing ni.. dan menyerahkan kepada seorang je sebab dia ambik semua sekali...tapi memandangkan keadaan ini..saya bersalah kepada semua yang ingin membantu saya dulu..Ada lagi yang sudi memaafkan saya dan membantu saya ker..

apa harus saya lakukan..

5 comments:

Anonymous said...

awak..kita nak bela kucing..dulu dh kasik komen tp x msuk lak dlm your blog..i tgh cr kucing ni.. nama nur halimatun..stay kt KL..tmn sri rampai..tp kan next week kita xde seminggu coz keje..so bln 3 awak boleh call kita kat 013-348 7706

Anonymous said...

niza,

why not bagi dkt abg jamil yg dok bela kucing yg selalu dok ada ptg2 kat bukit bintang. try la diskus ngan dia. mungkin dia bleh tolong..

Anonymous said...

Ada seekor berok jantan yang menjadi badut kepada sekumpulan kucing di bukit bintang ...

http://jamilkucingpondan.blogspot.com ..

tak nak suruh si catlover ni ambik ker?

Warna warna kota raya !!!!

Unknown said...

hurmm banyak nyer kucing...kat umah sy dah ader 6 ekor...klau x bleh amik sekor

jarey said...

haniza, kes ni memang berat. saya sendiri baca masalah ni memang nak nangis...saya tak dpt bayangkan bagaimana mereka da hidup berdikari dgn tdk terurus...kita tak tau apa new life kucing2 ni. da mkn ke, sakit ke, atau ada apa2 masalah lain. ada pernah iklankan utk siapa2 yg nak ambik tak? i tengok kat gambar yg seekor tu merenung jauh kat tingkap saya sedih sgt.. sbb kita tak tau apa dlm fikiran dorang. haniza, saya sendiri tak dpt nak tlg...lgpun saya jauh...