Assalamualaikum,
Ramai yang bertanya..Niza..betulker nak serah anak anak saya kepada orang lain. Kenapa?? tak sayang mereka lagi ker?? Kenapa tak bawak pindah jer..
Jawapannya,
Ya betul. Saya nak pindah rumah.. rumah baru tu pulak tidak dibenarkan membela kucing. Jadi..saya kenalah uruskan mereka terdahulu dan memastikan mereka selamat dan terjamin. Siapa yang tak sayang mereka.. saya dah jaga mereka setahun lebih.. setiap kali ada khabar orang nak datang kerumah.. saya peluk mereka puas puas dahulu sebelum orang ambil..ambik gambar dia buat kenangan.. meleleh air mata.. pesan kat mereka.. jangan nakal nakal yer..jangan buat orang marah.. sebak hati ni.. saya bagaikan orang gila..berpesan pada kucing.. tak sedar menangis.. bila orang datang semua menyorok takut.. selepas diambil dan bila masuk rumah semula.. lihat yang baki yang tinggal duduk diam.. ada diantara mereka telah tiada semua pakat tidur... bangun tidur.. sibuk mencari yang tak ada..
Bukan saya tak nak bagi ambil seekor seekor.. cuma.. penerimaan mereka dengan tempat baru.. mungkin mereka rasa takut.. ambil masa untuk menyesuaikan diri mereka..
kalau boleh saya mencari orang yang sanggup adopt kesemua kucing kucing saya. saya faham.. kalau dah adopt semua tu. tentu terasa beban sikit.. tak dapat nak beri perhatian..tapi kalau dah tak ada pilihan saya terpaksa juga menyerahkan dan memecahkan keluarga mereka.. mereka terpaksa akur..menerima kenyataan dan mengambil masa..tapi cubalah ambil 2 ekor ke.. sekurang kurang nya mereka rasa kurang takut.. ada kawan yang mereka kenal.. dan rasa selamat sikit..
cuma minta saudara saudari bersabar dengan kerenah mereka.. yang lepas lepas mereka jadi marah.. tak mahu makan, minum, tidak berak, kencing.. terlalu tension..sampai badan mengigil menahan stress..mogok.. badan lembik..tak ceria, sedih.. bising cari famili.. terpaksa lah 2 orang tu hantar semula pada saya.. di rumah saya, kami lihat 2, 2 ekor tu.. terus jumpa..cium.. jilat famili dia satu persatu.. punya la rindu nya dia.. perasaan sedih dia siapa yang tahu..dia terjerit jerit..sedih minta kita hantar semula pada keluarga dia.. tu sebab saya minta siapa yang sanggup ambik 1 famili..ambillah..yer la.. dia pun ada keluarga.. saya akan hulurkan bantuan juga nanti.
bukan menyerahkan sahaja bulat bulat....kalaulah dapat kawasan kampung, lagi selamat kan!!! Saya pun dah tak ada orang tua.. kampung dah jadi hutan. Dah tinggal lama.. kalaulah ada rumah sendiri.. saya tidak mengiklankan sebegini.. akan saya jaga mereka.. masalahnya.. ini rumah sewa
Gambar dibawah ni di panggil adik. dia pernah diambil..(sabtu) satu rumah dia menjerit. macam bunyi bergadoh bila nampak orang yang adopt dia datang nak pujuk.. ajak makan..dia tak mau..
Satu lagi jantan putih, kepala hitam tu.. panggil boboi kena adopt (ahad). sampai kat rumah baru dia, dia tunjuk perasaan.. tak seceria sebelum ni.. tak mau makan, main.. apa apa pun tak mau.. makanan disepahkan..dan macam macam lagi..
setibanya di rumah saya... sungguh berbeza.. sangat ceria.. happy.. sihat.. jumpa semua dan bermain..
4 comments:
hi haniz
sedih aku baca your plight for the cats...i have asked around to look for people in KL yang nak kucing to look for you. saya kat Miri so tak dpt lah nak tolong.
hazanah
(janewen_69@yahoo.com)
Haniz, susah nak cari org yg nak ambik sampai 8 ekor semua. I just got a cat recently. Kalau i tak de cat lagi i sanggup ambik sekor or dua je. You should've spayed or neutred them. There's no such thing as badi kucing. Yg nak bagi anak atau tak up to Allah shj, not kucing. takut syirik pulak jadinya.
Of course, kalau nak diikutkan, tak baik neuter cats kan. Mcm menzalimi hak natural mrk. But you found them on the streets. they are stray cats. Kita nak protect mrk juga. Kalau asyik beranak pinak je, lama2 apa kesudahannya? jadi stray cats jugak! lagi kejam. Most cannot survive on their own. Lagi kesian kalau kena langgar dgn kenderaan. So which is the lesser evil, of course to neuter them to avoid unwanted litters.
Good luck.
Hi Haniz...
Saya nak adopt kucing awak leh x?Ada lg x?U tinggal mana?
hi haniz..
hurmm sedih la baca blog nie..aku penah mcm ko gak..tp nasib baik duk umah mak aku...penah aku dulu2 x balik kg masa raya coz diorg x ader space dlm kete nak letak kucing aku..huhuhuh raya sesorg aku ngan kucing...x der hal..
greenfrog_greenfrog@yahoo.com
Post a Comment