Monday, February 12, 2007

Apa harus ku lakukan untuk keselamatan anak anak ni..


Assalamualaikum semua.. Nak minta pandangan sikit.. Dulu memang haniz ada buat iklan untuk serahkan anak anak kepada yang sanggup bela.. sebab haniz nak pindah rumah.. haniz tak boleh bawa mereka bersama sebab rumah tu.. owner tak kasi bela pet macam kucing. ok sekarang masalah tu dah kira selesaila.. baki 8 ekor tu.. ada seorang kakak tu sekeluarga ambil mereka. 3 bawa balik klang .. 5 tinggal di rumah mak dia dia di Taman Kenchana.Bapa akak ni pulak terlantar sakit. Makcik pun sibuk jaga pak cik tu je.. Maksud saya, bukanlah saya nak kucing kucing saya di tatang bagai minyak yang penuh.. Saya tak sangka pulak ini terjadi.. mana la saya tau.. bapa dia sakit.. lepas akak ni ambik kucing saya dan bawa kerumah mak dia, baru saya tau. bapa dia sakit.. tapi anak anak dia yang lain tak menunjukkan marah pada saya.. cuma menantu dia tak suka kucing.Ini membuat saya rasa bersalah.. dan membebankan keluarga ni lagi. kerana kucing kucing saya... Kali pertama pergi melawat.. saya dapati 1 ekor tak dijumpai..4 ekor tu punya la. seronok nampak saya datang.. makan friskies yang saya bawakan..semalam kali kedua saya datang lagi...se ekor lagi tak jumpa sampai ke malam. se ekor - mata merah sebelah.., risau buta pulak mata tu.. seekor balik dari merayau dengan badan yang kurus, busuk, basah.. dia saya panggil 'Adik'. Adik ni kira kucing yang paling saya sayang dulu.. sekarang dia marah marah saya..tak mau pegang dan asyik ke jalan raya.. Rumah mak cik tu tepi longkang besar dan highway.. pernah sekali 'Adik' menghala ke highway dan turun ke longkang besar (ala ala anak sungai).. sebelum balik dari rumah mak cik tu..saya kurung 'Adik', risau keselamatan dia.. Makcik tu kata.. kucing saya dah dibebaskan.. dan pandai balik sendiri time lapar.. tapi saya tunggu.. tak cukup 5.. saya takut ada yang dah mati.. dan makcik tu tak nak bagi tau hal sebenarnya... Saya rasa nak ambik semula anak anak tu dan diserahkan kepada orang lain pulak.. tak nak menyusahkan makcik tu.. bukan la pulak saya menyusahkan orang lain pulak.. takut juga anak anak makcik tu yang lain merungut/marah. dah la bapak dia sakit.. saya pulak letak kucing kat rumah dia jadi beban mak dia..sekarang pun dah tinggal 3 ekor dari 5.. kali ke 3 saya datang.. mesti.. dah kurang lagi.. jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak tolong saya.. lihatlah.. blog saya. www.haniz98.blogspot.com atau hubungi saya niza 012-3480834Tolong saya.. apa harus saya lakukan.tapi kepada siapa saya serahkan kucing kucing pula.. siapa yang berminat..Forumer.. bantu saya.. saya minta maaf.. kalau dulu.. saya tak nak pisah pisahkan keluarga kucing ni.. dan menyerahkan kepada seorang je sebab dia ambik semua sekali...tapi memandangkan keadaan ini..saya bersalah kepada semua yang ingin membantu saya dulu..Ada lagi yang sudi memaafkan saya dan membantu saya ker..

apa harus saya lakukan..

Tuesday, February 06, 2007

Ini pulak gambar boy yang tinggal di Tasek Selatan... mula-mula sampai menyorok belakang mesin basuh, dipujuk-pujuk.. akhirnya.. sekarang ni dah ok.. meekee la kawan kesayangan dia..




















Gambar-gambar berikut ialah anak-anak yang tinggal di Taman Kenchana.
Kesian mereka..seronok dan berselera mereka makan kerana saya datang menjengok mereka.. rindunya... rumah makcik, rumah tepi..
tengok tu.. ada highway...Semoga mereka pandai menjaga diri.. tapi risau juga..






Friday, February 02, 2007

Ya Allah.. lindungi la anak anak ku dari segala bahaya....

Syukur mereka mendapat tempat dan perlindungan.. tapi risau jugak..baru sekejap tadi.. kakak tu sms katanya.. semua kucing dah dilepaskan dari kandang.. Saya reply.. nak hantar makanan/frieskies ker.. dan buah tangan kut kat famili dia.. tapi dia kata. elok esok je la.. dah malam ni.. tak elok anak dara keluar malam malam...tapi hati ni risau.. anak anak tu ramai.. tak kan makcik tu nak kawal selalu.. sebab dah lepas tu.. rumah dia tepi highway.. anak anak ni masih ketakutan lagi.. Rasa nak ambik balik je.. sebab selalunya anak anak ni duk dalam rumah.. tapi memang la.. sapa nak ambik ramai ramai tu. dalam hati.. Ya Allah.. semoga kucing kucing ni.. tak berkeliaran di merata.. takut dapat berita buruk esok.. tolong la.. moga tak terjadi.. dah lama saya bela dia... akhirnya... Tidakkkk.....
Assalamualaikum.. kawan kawan sekalian.

Sukacita dimaklumkan kesemua anak anak saya telah pun di bantu oleh seorang yang berhati mulia.. Dia sekeluarga telah membantu saya.. mengambil ke lapan lapan ekor anak ini..

3 di bawa ke rumah nya di Klang dan 5 lagi di tinggalkan oleh Mak dia di Taman Kenchana. Semalam saya telah pergi kerumah mak dia.. rumah bawah.. corner lot. Mak dia baik orangnya.. suka pada kucing..

Insyaallah saya akan ke sana selalu menyengok anak anak ini.. dan membantu mak cik dan pak cik.. dia pun bukan orang senang..pakcik tu pun uzur dah..Syukur alhamdullillah.. doa doa kalian agar anda insan membantu telah di kabulkan.

Jadi saya pun boleh lah pindah rumah.. kerana niat saya untuk menyelesaikan anak anak ini di tempat yang selamat telahpun selesai..

Bila saya balik ke rumah malam tadi.. Ya Allah.. sunyinya dunia ku.. selalunya riuh rendah dengan kekalutan anak anak menyambut plastik beg yang disangkanya frieskies.. Terngiang ngiang di telinga..miow miow.. sekali sekala...Sebak hati.. menitis air mata melihat bekas minuman dan friskies di lantai..

Buat masa ini.. mereka di tempatkan dalam sangkar.. untuk membiasakan suasana.. dan takut lari.. ketakutan.. kesian mereka.. selalu tidur sama dalam bilik bertilam.. tapi malam tadi.. sejuk tidur di luar..Termimpi-mimpi mereka malam tadi..bila terjaga.. teringat balik.. mereka semua dah tak ada di rumah.. Ya Allah.. seribu kenangan .. tak sanggup dah.. nak pindah cepat.. tak boleh duk sorang sorang.. pasti sebak jiwa..

Antara video kenang-kenangan bersama anak anak

Video : Makan frieskies sambil tengok Juara Lagu..
http://www.youtube.com/watch?v=zkAFccd1YUg

Video : Anak Main Air
http://www.youtube.com/watch?v=ADSL44HauqE

Video : Rebut kerusi
http://www.youtube.com/watch?v=ky3jjJy1TtE

Video : Kenangan semasa kecil.
http://www.youtube.com/watch?v=MzoI-8avUIw

Akan dipaparkan dari masa ke semasa.. Insyaallah..